S&P 500 adalah indeks pasaran saham yang menjejaki saham 500 syarikat gergasi AS. Ia menunjukkan prestasi pasaran saham berdasarkan risiko dan pendapatan syarikat-syarikat ini.
Para pedagang menggunakan indeks ini sebagai penanda aras keseluruhan pasaran Amerika. S&P bermaksud "Standard and Poor", nama dua syarikat kewangan yang mengasaskannya. Ia salah satu indeks saham yang tertua dan yang paling terkenal di dunia.
S&P 500 berdasarkan pada permodalan pasaran syarikat. "Market cap" atau permodalan pasaran adalah jumlah keseluruhan saham yang dikeluarkan oleh syarikat. Sebagai contoh, sebuah syarikat dengan 20 juta saham yang dijual pada harga $50 per saham akan mempunyai permodalan pasaran $1 bilion.
Permodalan pasaran total S&P 500 adalah $21.42 trilion pada bulan Mac 2020. Ia merangkumi kira-kira 80% permodalan pasaran yang ada di AS. Indeks ini sering digunakan sebagai ukuran kekuatan ekonomi ekonomi AS.
Pertama, anda boleh memperdagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) S&P 500. CFD meniru pergerakan S&P 500.
Kedua, anda boleh menggunakan leveraj atau, dengan kata lain, mengawal kedudukan kewangan yang lebih besar walhal anda melaburkan hanya sejumlah wang yang kecil. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk melipatgandakan saiz akaun anda, tetapi dalam masa yang sama ia juga meningkatkan potensi kerugian anda sekiranya pasar bergerak bertentangan dengan aspirasi anda.
Ketiga, anda boleh berdagang dalam mana-mana arah. Dengan kata lain, anda boleh jana keuntungan dari penurunan serta peningkatan harganya.
Akhir sekali, S&P sering memberi signal yang sangat jelas untuk para pedagang. Kami kerap menyiarkan analisis fundamental dan teknikal kami untuk membantu anda menggunakan signal-signal ini dengan betul.